Saturday 7 October 2017

Coconut shake

Resepi Coconut shake 

Bahan-bahannya
1 gelas air kelapa muda
3 sudu isi kelapa muda
1 scoop ais krim
sedikit air batu

atau bahan-bahan kaedah kedua
1 litter air kelapa muda
1 cawan isi kelapa muda
1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)
2 tin air 'ice-cream soda'
ais secukupnye

atau bahan-bahan kaedah ketiga
250 ml santan kelapa
2 scop aiskrim vanila

atau bahan-bahan kaedah keempat
250 ml santan kelapa
2 scop aiskrim vanila
1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)

atau bahan-bahan kaedah kelima bersama buah nenas
1/2 cawan santan
1 cawan jus Nanas (atau boleh guna pisang, epal, durian dll)
1 cawan susu segar (jika guna susu pekat, x perlu masuk gula lagi)
5 oz ais krim Vanilla
beberapa potongan Nanas (atau boleh guna pisang, epal, durian dll)
2 sudu teh segar kelapa parut
Gula (terpulang nak letak ataau tidak)

Cara-cara
masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. kisar hingga hancur. Tuang ke dalam gelas.
Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang

Nice....thnks for reading😊

Chocolate Ice Blend

Pada kali ini saya ingin berkongsi kpd semua tentang cara2 membuat chocolate ice blendSelamat bertemu kembali..

Bahan:
500 ml susu cair 
100 gram dark cooking chocolate, potong-potong
1 sendok makan cokelat bubuk 
100 ml sirup vanila 
1/8 sendok teh garam 
450 gram es krim cokelat 
400 gram es serut 
100 gram nata de coco 

Bahan Hiasan:
100 gram krim kocok 
1 bungkus permen cokelat warna warni 


Cara membuat:
  1. Panaskan susu cair. Matikan api. Masukkan dark cooking chocolate dan cokelat bubuk. Aduk sampai larut. Biarkan dingin.
  2. Tuang ke dalam blender. Tambahkan sirup vanila, garam, es krim, dan es serut. Blender sampai halus dan lembut. Angkat.
  3. Masukkan nata de coco. Tuang ke gelas.
  4. Hias dengan bahan hiasan.
Mudah kn..😄selamat mencuba

Friday 6 October 2017

Goreng Pisang

Hari ni sye nak kongsi sedikit ilmi tentang cara2 untuk membuat goreng pisang yg terbaik dan pasti sedap

Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pisang goreng rangup dan cara membuat pisang goreng sehingga siap untuk dimakan. Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup. Ok selamat mencuba.

resepi dan cara membuat pisang goreng rangup
Awas dan berhati-hati ya jika beli pisang goreng atau ayam goreng di gerai-gerai atau kedai-kedai makan yang terdapat di Malaysia mahupun Indonesia kerana berkemungkinan penjual memasukkan straw atau plastik dalam minyak masak untuk menghasilkan ayam atau pisang goreng yang rangup. Kena berhati-hati terutamanya makan di kedai yang mempunyai tukang masak dari Indonesia atau kedai itu sendiri milik orang Indonesia.

Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup (resepi 1)

Bahan-bahan:
Pisang (apa-apa jenis pisang)
2 cawan gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula
4 sudu besar minyak panas(betul-betul panas)
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1) Panaskan minyak untuk menggoreng.
2) Campurkan tepung gandum, gula dan garam.
3) Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.
4) Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.
5) Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
6) Angkat dan sedia untuk dihidang.
Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup (resepi 2)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
1 Biji Telur & Air secukupnya
2 sudu besar marjerin yang dicairkan
Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)
Cara-Cara:
1) Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia sejuk sendiri. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja.
2) Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin cair dan air. Bahan-bahan tersebut ialah tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan.
Lebih mudah dan lebih baik hasilnya dengan mengaul menggunakan tangan. Sebab utamanya ada bahan baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum. Batter perlu pekat ya. Lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu.
3) Setelah batter benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.
Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup (resepi 3)

Bahan-bahan:
Pisang secukupnya
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
sedikit garam
1 sudu makan gula
sedikit serbuk kunyit(optional)
sedikit baking powder(optional)
4 sudu besar kelapa parut (optional)
Cara-cara:
1) Campurkan gandum, baking powder, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit.
2) Masukkan air sejuk dan gaul hingga sebati.
3) Masukkan pisang ke dalam adunan dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
4) Panakan minyak untuk menggoreng.
5) Goreng pisang hingga bertukar warna keperangan atau keemasan.
*Campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.
Wahh rupa-rupanya banyak kan resepi menghasilkan pisang goreng rangup ini. Saya rasa yang paling senang adalah resepi pertama, yang menggunakan teknik minyak panas. Hehe. Memandangkan itu yang paling ringkas, cepat dan mudah!

Monday 2 October 2017

CENDOL

Cara Buat Cendol
Image result for CENDOLBahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
3 cawan air pandan
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur
Sedikit perwarna hijau
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangit.
2. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
3. Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.
Image result for CENDOL4. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.
Cara Buat Air Cendol –
1. 1/2 kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (tak perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama sedikit).
2. Air gula melaka campur gula merah dan masukan daun pandan (dimasak lama, lebih kurang 1 jam).
4. Untuk melikatkan campur dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
5. Hidangkan bersama kacang merah, jagung manis, dan bahan tambahan lain ikut citarasa anda.