Saturday 23 September 2017

AISKRIM GORENG

Resepi Aiskrim Goreng

Assalamualaikum....hari ni saya nak kongsi kan kepada semua tentang cara-cara untuk membuat aiskrim goreng yang cukup mudah dan pastinya sedap
Image result for aiskrim goreng
Bahan-bahan:
·        1 buku roti putih
·        1 bekas aiskrim
·        1 gelas

Cara-cara:
1.     Letakkan satu keping roti putih di atas pinggan
2.     Letak satu sudu aiskrim di tengah2 roti tadi
3.     Tutup roti dan aiskrim tersebut dengan sekeping roti diatasnya dan tekan sedikit supaya ianya rapat dan aiskrim berada di tengah-tengah roti
4.     Ambil gelas,letakkannya di atas roti dan tekan sehingga terputus bahagian roti ditepinya
Image result for aiskrim goreng5.     Ketepikan lebihan tepi kulit tersebut dan letakkan aiskrim berisi aiskrim tadi kedalam bekas atau plastik
6.     Selepas itu,masukkannya kedalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2jam sebelum digoreng
7.     Goreng aiskrim goreng dengan menggunakan minyak yang panas sehingga nampak warna kekuningan pada roti
P/S:
·        Pastikan minyak telah betul-betul panas sebelum menggoreng aiskrim goreng tersebut
·        Apabila warna roti kekuningan terus angkat dan ditoskan jika tidak aiskrim dalam roti akan cair

MUDAH KAN CARA NAK BUAT AISKRIM GORENG NI….
BOLEH LAH KALAU NAK CUBA BUAT KAT RUMAH….
SELAMAT MENCUBA….


3 comments: