Sunday 24 September 2017

AISKRIM OREO

Aiskrim Oreo Homemade:
Kalau buat Aiskrim Oreo sendiri kan lebih terjamin kebersihannya dan pasti lagi sedap.
So hari ni saya akan kongsi kan kepada semua tentang cara-cara untuk buat aiskrim oreo
Jom kita mulakan…
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
·        1 tin susu cair(250ml)
·        1 sudu kecil esen vanila
·        1 sudu besar ovalette
·        4 sudu besar susu pekat(boleh ikut pilihan rasa manis masing-masing)
·        1 peket biskut oreo blend kasar atau hancurkan
CARA-CARA:
1.     Asingkan biskut oreo dan krim,hancurkan biskut oreo atau blend kasar
2.     Untuk adunan aiskrim masukkan semua bahan-bahan yang telah dinyatakan tadi (susu cair,susu pekat,esen vanilla dan ovalett) kecuali biskut oreo ke dalam mixer atau blender,putar semua bahan 15-20 minit sehingga adunan aiskrim menjadi kembang
3.     Selepas itu,apabila adunan tersebut dah nampak gebu dan berkrim,masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan tadi ke dalam adunan itu
4.     Putarkan lagi sehingga gebu dan berkrim dalam 5 minit lagi
5.     Kemudian,masukkan adunan aiskrim kedalam bekas.Tutup bekas tersebut dengan rapat dan simpan di dalam peti sejuk sehingga keras

BILA DAH KERAS TU APA LAGI MAKAN JE LAH…
JANGAN LUPA SHARE SIKIT DGN ORANG LAIN…

OK THAT’S ALL…BYE

2 comments: