Sunday 24 September 2017

KOKTAIL BUAH

SELAMAT PAGI SEMUA...
HARI NI SAYA AKAN KONGSI KAN RESEPI YG CUKUP MUDAH UNTUK MEMBUAT KOKTAIL BUAH...

Inilah resepinya. Senang, murah lagi sedap.. nyum.. nyumm.. nyummm.. dan yang paling penting mudah jew nak buat

Bahan koktail buah

Bahan-Bahan Resepi Koktail Buah:
2 tin susu cair
1 tin laici / longan
1 tin buah untuk koktail
Nata de coco
Sumi Jelly
sedikit bahan perasa (gula dan garam)

Nak tambah buah-buah lain pun boleh. Ikut selera korang.

Cara-Cara Membuat Koktail Buah:

Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain)
buah campuran koktail

Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.
Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).
Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.
Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.Untuk lebih sedap, sejukkan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu. Jika suka makan tanpa ais, tak perlu tambah gula dalam koktail kerana campuran telah sedia manis.

1 comment: