Friday 29 September 2017

Kek Coklat Moist

ASSALAMMUALAIKUM...

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist:

Bahan Pertama:
  • Satu (1) cawan serbuk koko
  • Satu (1) cawan gula pasir
  • Satu (1) cawan susu cair
  • Satu (1) cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
  • Setengah (1/2) cawan susu pekat manis
Bahan Kedua:
  • Satu (1) dan suku (1/4) cawan tepung gandum
  • Satu (1) sudu serbuk penaik
  • Satu (1) sudu soda bikarbonat
  • Empat (4) biji telur
  • Satu (1) sudu esen perisa vanila

Cara-Cara Menyediakan Kek Coklat Moist:

  • Campuran pertama:Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.
  • Campuran kedua:
    Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.
Resepi Kek Coklat Moist 2
  • Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Lebih kurang 5 minit macam itu la pukul telur.
  • Campuran Ketiga:
    Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata.
  • Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata. Pastikan anda campurkannya dengan sekata dan tidak berketul-ketul.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
Resepi Kek Coklat Moist 5
  • Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang.
  • Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist anda tadi.
  • Tutup loyang anda dengan aluminium foil, ini adalah untuk memastikan wap air tidak kena kek anda semasa mengukus.
  • Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam

Resepi Kek Coklat Moist 6
Sementara menunggu kek anda dimasak, anda boleh lah mengambil masa ini untuk menyediakan topping untuk kek anda atau dikenali sebagai ganache. Terdapat banyak cara dan kaedah untuk menyediakan ganache ini.
Resepi Kek Coklat Moist 7

Cara-Cara Menyediakan Ganache

Cara Pertama:
Bahan:
  • Setengah (1/2) cawan susu pekat manis
  • Dua (2) sudu besar serbuk koko
  • Dua (2) sudu besar mentega
Cara:
  • Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
  • Kemudian masukkan mentega  dan tutup api
  • Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.
Cara Kedua:
Bahan:
  • Setengah (1/2) bar coklat yang sudah di cair dan masak
  • Dua (2) sudu besar susu pekat manis
  • Satu (1) sudu mentega atau majerin
  • Satu pertiga (1/3) cawan susu segar
Cara:
  • Masakkan atas api guna kaedah Double boiler
  • Jika hendakkan coklat itu pekat, jangan letak susu segar
  • Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Resepi Kek Coklat Moist 8
Kek Coklat Moist anda sudah siap untuk dihidang. Kek anda sedia untuk dinikmati seisi keluarga.
Saya sisipkan satu video dari Youtube mengenai resepi Kek Coklat Moist dalam bahasa inggeris. Silakan tengok video untuk lebih penjelasan.
Itu sahaja cara-cara menyediakan Resepi Kek Coklat Moist yang sedap mengikut resepi mudah saya. Anda dialu-alukan untuk mencuba cara ini dan berikan pandangan anda di ruangan komen. Share juga artikel ini jika anda ingin berkongsi dengan rakan dan keluarga anda. Terima kasih.

Wednesday 27 September 2017

Kek Pisang

Hai...selamat pagi semua

Kek Pisang Blend Moist Gebu Sedap

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**kacau semua dan satukan**
4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
1 cawan minyak (nina guna minyak jagung)
1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
3 biji telur
** blend semua**
Cara penyediannya
1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak,(Nina pakai loyang petak size 8inch). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit.
4-. Dah sejuk sedia dihidangkan…
Senang aje kan..?? semudah 1 2 3...yeah!!! Yang penting, dari air tangan orang tersayang pasti lagi sedap, bersih dan halal toiyibban… Resepi Kek Pisang 

Monday 25 September 2017

PUDING D RAJA

ASSALAMMUALAIKUM…HARI INI SAYA AKAN BERKONGSI KPD SEMUA TENTANG CARA-CARA UNTUK MEMBUAT PUDING DIRAJA
Image result for PUDING DIRAJA
Cara Membuat Jala Emas          
Bahan-bahan;
·        7 biji telur itik (gunakan telur itik kerana kuningnya lebih banyak)
·        200 gram gula halus
·        3 helai daun pandan
·        2 cawan air
·        Acuan roti jala / corong daun pisang.

 Cara-cara;
1.     Pukul kuning telur sehingga kembang. Kemudian tapis bagi memastikan adunan bersih.
2.     Masak gula bersama air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan daun pandan. Biarkan mendidih dan pekat. Selepas itu buang daun pandan. Masak dengan api kecil.
3.     Apabila air mendidih dan berbuih halus, uraikan keliling periuk kuning telur dengan acuan roti jala atau corong daun pisang ke dalam air gula.
4.     Angkat dan toskan.
5.     Kiraikan jala emas dengan menggunakan chopstick atau batang sate.
6.     Boleh siramkan dengan air putih untuk mengurangkan rasa manis, namun jala emas tidak dapat bertahan lebih daripada empat hari.

Bahan-bahan;
·        4 sikat pisang lemak manis
·        1 genggam biji gajus – goreng terlebih dahulu
·        5 keping jala emas
·        5 biji buah prun
·        Sedikit buah ceri
·        2 sudu besar minyak sapi
·        Minyak untuk menggoreng

Bahan Untuk Kuah Puding;
·        1 tin susu cair
·        3 biji kuning telur
·        ½ tin air
·        1-2 cawan gula (ikut citarasa)
·        3 helai daun pandan
·        1 sudu kecil esen vanilla

 Cara-cara;
1.     Panaskan minyak dan minyak sapi.
2.     Goreng pisang sehingga kekuningan dan toskan minyak. (Jika boleh goreng dalam minyak yang penuh, lebih sedap).
3.     Kemudian goreng biji gajus dan ketepikan.

Cara Membuat Kuah Puding;
1.     Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Kemudian tapis.
2.     Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan rasa kemanisannya. Jangan terlalu manis. Kacau sehingga sebati.
3.     Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat.
4.     Selepas itu masukkan esen vanilla untuk menghilangkan bau hanyir telur.
5.     Kacau selalu agar tidak bergumpal.

Cara menghidang;
1.     Letakkan pisang goreng di dasar acuan. Kemudian letakkan jala emas.
2.     Taburkan buah prun, ceri dan biji gajus.
3.     Dan tuangkan kuah untuk dimakan.


MUDAH KAN….SELAMAT MENCUBA

Sunday 24 September 2017

KOKTAIL BUAH

SELAMAT PAGI SEMUA...
HARI NI SAYA AKAN KONGSI KAN RESEPI YG CUKUP MUDAH UNTUK MEMBUAT KOKTAIL BUAH...

Inilah resepinya. Senang, murah lagi sedap.. nyum.. nyumm.. nyummm.. dan yang paling penting mudah jew nak buat

Bahan koktail buah

Bahan-Bahan Resepi Koktail Buah:
2 tin susu cair
1 tin laici / longan
1 tin buah untuk koktail
Nata de coco
Sumi Jelly
sedikit bahan perasa (gula dan garam)

Nak tambah buah-buah lain pun boleh. Ikut selera korang.

Cara-Cara Membuat Koktail Buah:

Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain)
buah campuran koktail

Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.
Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).
Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.
Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.Untuk lebih sedap, sejukkan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu. Jika suka makan tanpa ais, tak perlu tambah gula dalam koktail kerana campuran telah sedia manis.

AISKRIM OREO

Aiskrim Oreo Homemade:
Kalau buat Aiskrim Oreo sendiri kan lebih terjamin kebersihannya dan pasti lagi sedap.
So hari ni saya akan kongsi kan kepada semua tentang cara-cara untuk buat aiskrim oreo
Jom kita mulakan…
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
·        1 tin susu cair(250ml)
·        1 sudu kecil esen vanila
·        1 sudu besar ovalette
·        4 sudu besar susu pekat(boleh ikut pilihan rasa manis masing-masing)
·        1 peket biskut oreo blend kasar atau hancurkan
CARA-CARA:
1.     Asingkan biskut oreo dan krim,hancurkan biskut oreo atau blend kasar
2.     Untuk adunan aiskrim masukkan semua bahan-bahan yang telah dinyatakan tadi (susu cair,susu pekat,esen vanilla dan ovalett) kecuali biskut oreo ke dalam mixer atau blender,putar semua bahan 15-20 minit sehingga adunan aiskrim menjadi kembang
3.     Selepas itu,apabila adunan tersebut dah nampak gebu dan berkrim,masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan tadi ke dalam adunan itu
4.     Putarkan lagi sehingga gebu dan berkrim dalam 5 minit lagi
5.     Kemudian,masukkan adunan aiskrim kedalam bekas.Tutup bekas tersebut dengan rapat dan simpan di dalam peti sejuk sehingga keras

BILA DAH KERAS TU APA LAGI MAKAN JE LAH…
JANGAN LUPA SHARE SIKIT DGN ORANG LAIN…

OK THAT’S ALL…BYE

Saturday 23 September 2017

AISKRIM GORENG

Resepi Aiskrim Goreng

Assalamualaikum....hari ni saya nak kongsi kan kepada semua tentang cara-cara untuk membuat aiskrim goreng yang cukup mudah dan pastinya sedap
Image result for aiskrim goreng
Bahan-bahan:
·        1 buku roti putih
·        1 bekas aiskrim
·        1 gelas

Cara-cara:
1.     Letakkan satu keping roti putih di atas pinggan
2.     Letak satu sudu aiskrim di tengah2 roti tadi
3.     Tutup roti dan aiskrim tersebut dengan sekeping roti diatasnya dan tekan sedikit supaya ianya rapat dan aiskrim berada di tengah-tengah roti
4.     Ambil gelas,letakkannya di atas roti dan tekan sehingga terputus bahagian roti ditepinya
Image result for aiskrim goreng5.     Ketepikan lebihan tepi kulit tersebut dan letakkan aiskrim berisi aiskrim tadi kedalam bekas atau plastik
6.     Selepas itu,masukkannya kedalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2jam sebelum digoreng
7.     Goreng aiskrim goreng dengan menggunakan minyak yang panas sehingga nampak warna kekuningan pada roti
P/S:
·        Pastikan minyak telah betul-betul panas sebelum menggoreng aiskrim goreng tersebut
·        Apabila warna roti kekuningan terus angkat dan ditoskan jika tidak aiskrim dalam roti akan cair

MUDAH KAN CARA NAK BUAT AISKRIM GORENG NI….
BOLEH LAH KALAU NAK CUBA BUAT KAT RUMAH….
SELAMAT MENCUBA….